Apa dah jadi? Orang Najib sendiri yang tak paham dengan konsep 1Malaysia

Kat mana yang tak kena ni?

Najib yang sedang giat mempromosikan slogan 1Malaysia rupanya gagal untuk memahamkan orang-orang yang berada rapat di kiri dan kanannya.

Malaysia yang memang terkenal dengan pelbagai slogan dan cogan kata ini nampaknya terus menjadi retorik Umno di dalam mentadbir negara kita ini.

Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri ketika berucap pada seminar ‘1Malaysia’ di Melaka semalam terus membuktikan bawaha perjuangan Umno sebenarnya menjurus kepada pemecahan kaum dan meminggirkan sesetengah golongan lain yang hidup di negara kita ini.

Padah sokong pembangkang – apa cerita KuLi?

Menurut tradisi BN, ahli-ahli mereka adalah diharamkan untuk menyokong sebarang usul pembangkang walaupun usul itu akan membawa kebaikan kepada rakyat.

Perkara ini pernah berlaku kepada 2 orang Ahli Parlimen BN iaitu Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kerana menyokong usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang supaya diambil tindakan ke atas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz di atas isu permit import (AP).

Kini, Ahli Parlimen BN Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) secara terang-terangan menyokong usul kerajaan negeri Kelantan agar negeri itu mendapat royalti minyak hasil dari usaha carigali minyak di perairan negeri tersebut.

Kini, saya menanti apa tindakan BN keatas KuLi di atas tindakannya itu. Walaupun tindakan KuLi akan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Kelantan, tetapi ianya mungkin kurang bermanfaat kepada Umno & BN.

Senarai 100 liga bolasepak kebangsaan terkuat dunia 2009

Liga Negara Mata
1 England 1187,0
2 España 1077,0
3 Deutschland 1031,0
4 Brasil 941,0
5 Italia 920,0
6 France 899,0
7 Argentina 838,0
8 Nederland 799,0
9 Ukraina 746,5
10 Türkiye 691,5
11 România 673,5
12 Portugal 656,5
13 Greece 625,5
14 Belgique 621,0
15 México 610,0
16 Chile 579,0
Paraguay 579,0
Read the rest of this entry »

Melayu & Sport Toto

Shafie Afdal sibuk pasal Kedah, tapi jambatan kat kawasan sendiri pun tak terbuat

Shafie Afdal, orang Sabah yang dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno Kedah nampaknya lebih sibuk nak ambil tahu negeri orang dari kawasanya sendiri di Sabah.

Jikalau dia bijak sangat memberi komen mengenai ekonomi negeri Kedah, saya rasa adalah lebih “afdal” jikalau Shafie mempercepatkan pembinaan jambatan dari Semporna ke Pulau Bum-Bum yang telah lama tertangguh itu.

Ini lah yang dikatakan orang, kuman seberang laut kelihatan tetapi jambatan tempat sendiri belum kelihatan.

Jambatan Semporna-Pulau Bum-Bum Dibina Bila Ekonomi Pulih – Shafie

SEMPORNA, 30 Mei (Bernama) — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan akan meneruskan rancangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Semporna dengan Pulau Bum-Bum apabila keadaan ekonomi negara pulih.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata keadaan kemelesetan ekonomi sekarang menyebabkan projek jambatan berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Read the rest of this entry »

Minta bonus tidak bermoral, tapi kalau potong subsidi & elaun, bermoral pulak?

Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pernah melabelkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebagai tidak bermoral apabila kesatuan tersebut meminta bonus 2 bulan gaji untuk kakitangan awam tahun lalu.

Kini, kerajaan satu demi satu memotong perbelanjaan mereka dan secar langsung menyusahkan hidup rakyat di negara ini seperti mengurangkan subsidi minyak dan gula.

Begitu juga dengan ura-ura terbaru kerajaan ingin  menghapuskan elaun kos sara hidup (cola).

Cukup menghairankan apabila gerombolan Umno dan BN masih mencanangkan bahawa keadaan ekonomi negara masih kukuh tetapi kehidupan rakyat semakin melarat akibat polisi kerajaan yang semakin menekan rakyat.

Oleh itu, sebagai rakyat yang boleh berfikir secara waras, kita sekarang dapat menilai sendiri siapa sebenarnya yang tidak bermoral dikala kehidupan rakyat semakin tertekan tetapi pemimpin negara hidup bermewah-mewah ….

Read the rest of this entry »

Umno dah kena sindrom Tiga B (TB)

Didalam blog Che Det, beliau menulis tentang seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata “UMNO is rotten to the core” (UMNO busuk hingga ke ususnya). Pemimpin itu sekarang ini sedang berkira-kira untuk menyokong PAS.

Di dalam satu blog pro-Umno pula. Perbualan SMS seorang penyokong BN dengan Dato’ Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Padang Rengas pula melaporkan bahawa di dalam salah satu SMS itu, Nazri mengaku bahawa ahli Umno sekarang ini bodoh dan banggang.

Oleh itu, berdasarkan dua artikel tersebut, maka saya simpulkan bahawa penyokong dan ahli Umno sekarang ni telah terkena sindrom Tiga B iaitu Busuk, Bodoh dan Bangang.

Senarai negara yang mengundi untuk Resolusi IAEA menentang program nuklear Iran

Menyokong
1. Argentina
2. Australia
3. Burkina Faso
4. Cameroon
5. Canada
6. China
7. Denmark
8. France
9. Germany
10. India
11. Japan
12. Kenya
13. The Republic of Korea
14. Mongolia
15. Netherlands
16. New Zealand
17. Peru
18. Romania
19. Russian Federation
20. Spain
21. Switzerland
22. Ukraine
23. UK,
24. USA
25. Uruguay

Read the rest of this entry »

Kerajaan akan melepas tanggungjawap sosialnya kepada rakyat secara beransur-ansur

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengurangkan subsidi secara berperingkat dengan cara yang lebih terancang selepas bercakap mengenai Belanjawan 2010.

Di dalam bahasa mudahnya, kerajaan adalah pihak yang bertanggungjawap untuk membantu rakyat untuk mengekal harga pada tahap rendah. Namum begitu, jikalau kerajaan berhasrat untuk mengurangkan atau menghapuskan subsidi, maka apa lagi tanggungjawap kerajaan kepada rakyatnya.

Jikalau Najib merasakan bahawa dengan membantu rakyat itu adalah bebanan baginya, maka adalah lebih baik dia melepaskan jawtannya kepada orang lain.

LABA PETRONAS SUSUT TAK JEJAS BELANJAWAN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak menjangkakan sebarang kesan besar terhadap Belanjawan 2010 berikutan penyusutan keuntungan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin kerajaan masih mampu mencapai semua sasaran ditetapkan untuk rakyat dan negara, walaupun Petronas akan membayar royalti kurang kepada kerajaan.

Read the rest of this entry »

RM12 juta untuk Pak Lah terus nyenyak tidur

Umum mengetahui bahawa mantan Pernada Menteri, Tun Abdullah Badawi adalah seorang kaki tidur. Gambar dia sedang tidur mudah didapati didalam internet ini. Jadi tidak hairanlah kalau kerajaan membelanjakan RM12 juta untuk kediaman bekas Perdana Menteri itu.

RM12 juta rumah bekas PM

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, Kerajaan telah membina rumah bernilai RM12 juta untuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam perbahasan hari ini mempersoalkan, dari manakah bajet itu diperolehi.

Ini kerana, ia tidak pernah dibentang dalam Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan.

« Older entries