Pilu rasa di hati apabila mendapat berita tentang keputusan ahli-ahli gabungan dalam mesyuarat exco Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bersetuju untuk menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia pada tahun depan sehingga 2012.

Setiausaha Agung FAS, Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, pihaknya bukan mahu menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia tetapi mahu menyelesaikan bebanan hutang terlebih dahulu.

Hutang FAS telah mencecah lebih RM3 juta dan tarikh akhir untuk menyelesaikannya ialah pada 15 Oktober ini. FAM juga telah mewajibkan setiap ahli gabungannya agar menyelesaikan hutang tertunggak masing-masing selewat-lewatnya pertengahan Oktober 2009.

FAS juga akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi berbincang dan berunding terhadap cadangan ‘rehat’ oleh FAS itu.

Skuad bolaspak negeri Sarawak ini terkenal dengan panggilan Bujang Senang. Nama seekor buaya dari Sungai Batang Lupar.

Semasa pasukan ini dibawah kendalian Awang Mahyan, mereka popular dengan slogan Ngap Sayot. Era Ngap Sayot juga dikatakan zaman paling gemilang di dalam sejarah bolasepak Sarawak.

Pada ketika itu, ada beberapa peristiwa yang menimbulkan kontraversi melanda antara FAS, FAM dan keputusan pengadil di atas padang menyebabkan FAS keluar sebentar dari gabungan FAM dan ada suara-suara yang lebih dasyat meminta agar Sarawak keluar dari Malaysia.

Sepanjang menyertai pertandingan bolasepak di Malaysia, Sarawak telah memenangi beberapa anugerah seperti Juara Liga Super pada tahun 1997, Juara Piala FA (1992), Naib Juara Piala FA (1996 & 2001) dan Naib Juara Piala Malaysia pada tahun 1999 selepas tewas kepada Brunei dengan jaringan 2-1.

Sesuatu harus dilakukan oleh FAM dan kerajaan negeri Sarawak agar kegemilangan bolasepak negeri ini terus padam dan tenggelam.

Nama-nama seperti Affendi Julaihi, Jalil Rambli, Ramles Sari, Ramos Sari masih lagi kekal di dalam ingatan saya dan semoga generasi baru bolasepak Sarawak dapat dilahirkan semula demi kemajuan bolasepak Sarawak dan Malaysia.

About these ads