Dikirim oleh : Mohd Al Adib Samuri

Daripada Abu Hurairah r.a:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال اجتنبوا السبع الموبقات قيل يا رسول الله وما
هن قال الشرك بالله والسحر وقتل النفس
التي حرم الله إلا بالحق وأكل مال اليتيم وأكل الربا والتولي يوم الزحف وقذف
المحصنات الغافلات المؤمنات

Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-
perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina.

(Sahih Muslim, Nombor Hadis: 129)

Intisari:

a. Terdapat 7 dosa besar yang utama sebagaimana berikut:

1. Mensyirikkan Allah
2. Melakukan sihir
3. Membunuh manusia
4. Memakan harta anak yatim
5. Memakan harta riba
6. Melarikan diri daripada peperangan
7. Menuduh perempuan baik melakukan zina.

b. Di antara tujuh kesalahan utama ini, hanya dua sahaja yang jatuh dalam kategori hukuman hudud iaitu kesalahan mensyirikkan Allah yang boleh membawa kepada hukuman murtad dan kesalahan qazaf iaitu
menuduh orang berzina.

c. Terdapat satu sahaja kesalahan yang boleh dikenakan hukuman qisas iaitu membunuh orang.

d. Semua kesalahan ini dijanjikan Allah dengan balasan neraka dan laknat.

About these ads