Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan maklumat tentang keahlian Umno Rasul Melayu yang baru-baru ini telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor, (JAIS) di rumahnya dekat Sungai Long, Kajang, Selangor.

Setelah pencarian secara online dilakukan, maka maklumat tentang Rasul Melayu itu telah mengesahkan bahawa dia adalah ahli Umno seperti berikut :

Nama Penuh : ABDUL KAHAR BIN AHMAD
No. Ahli : 00113339
Nombor MyKad : 500427105719
Nombor Kp Lama : 3297747
Negeri : SELANGOR
Bahagian : GOMBAK
Cawangan : KAMPONG KEMESAH
Status : AKTIF
Kategori : *

Jadi, tidak hairahlan jika Rasul Melayu ini baru dikenakan tindakan setelah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa negeri Selangor kerana sebelum ini Selangor dibawah pentadbiran Umno.

Ahli Umno yang mengikut ajaran sesat ini bukanlah asing bagi parti melayu ini.

Jika kita melihat VCD Ayah Pin. Maka kita akan dapat melihat bagaimana ada dikalangan pengikut Ayah Pin adalah ahli Umno dan Barisan Nasional.

Jadi, tidak hairan juga Ayah Pin masih bebas walaupun dia pernah didakwa sewaktu Terengganu dibawah pentadbiran PAS dahulu.

Begitu juga kes Mona Fendi yang telah membunuh bekas Adun Batu Talam dari Umno itu menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara pengamal ajaran sesat itu dengan pemimpin Umno.

Ini belum dicampur lagi dengan kes kumpulan anti hadis yang secara terang-terangan menolak hadis Rasulullah s.a.w.

Kerajaan pimpinan Umno juga telah membenarkan mereka menubuhkan Jemaah Al-Quran Malaysia dan tiada tindakan diambil kerana ketua mereka, Kasim Ahmad adalah ahli Umno.

Pelayar solo, Azhar Mansor yang diragui keIslamannya itu juga sering dilihat di dalam majlis Umno.

image widget

Oleh itu, tidak perlulah laman web Umno memaparkan banner bahawa perjuangan mereka mengikut Al-Quran dan Sunnah jikalau pengikut ajaran sesat dan anti hadis bertapak di dalam parti ini.

Malah, mereka sendiri adalah kumpulan yang paling kuat menentang untuk hukum Allah dilaksanakan dan memberi gambaran yang menakutkan kepada penganut bukan beragama Islam.

Tidak pula saya ketahui surah mana yang menjadi ikutan parti ini jikalau isteri dan anak-anak ramai pemimpin Umno masih tidak dapat menurut perkara asas sebagai seorang wanita muslimah seperti menutup aurat rambut dengan sempurna.

Perdana Mentari dan bekas Perdana Menteri dari Umno juga tanpa rasa bersalah masih lagi meneruskan upacara penyembahan Tugu Negara semasa Hari Pahlwan walaupun perkara itu telah difatwakan haram oleh Mufti-Mufti di beberapa negeri.